Assalammualaikum dan salam sejahtera... terima kasih tak terhingga kerana sudi singgah di blog kami... segala keperihatinan dan sumbangan amat kami hargai...
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Al-Baqarah ayat 268

Khamis, 24 Mei 2018

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA BERSAMA PKAYIL & IBU TUNGGAL Anjuran UITM CHARITY SOCIETY KAMPUS SEGAMAT








Pada 24.5.2018 (Khamis) kami telah menghadiri Jemputan Khas Untuk MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA BERSAMA ANAK YATIM & IBU TUNGGAL Anjuran UITM CHARITY SOCIETY. 


UITM CHARITY SOCIETY merupakan satu badan NGO yang ditubuhkan oleh Pihak UITM Segamat bagi menjalan aktiviti-aktiviti kebajikan di sekitar Daerah berhampiran mereka. Ia dianngotai oleh pelajar-pelajar UITM dan dinaungi oleh Pensyarah dari UITM sendiri. Matlamat utama mereka adalah untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dan memberi satu pengalaman baru buat pelajar mereka. Dengan ini mereka berharap para pelajar akan menjadi insan yang perihatin apabila masuk ke sektor pekerjaan. Kami amat berbesar hati kerana kami telah menjadi perhatian mereka

Setibanya kami di Majlis tersebut anak-anak kami disambut dan dilayan sangat mesra oleh pelajar-pelajar UITM CHARITY SOCIETY dan juga pensyarah. Suasana yang meriah telah mengembirakan anak-anak kami. 

Bila tiba berbuka puasa, anak-anak kami diutamakan dan dilayan dengan mesra, dengan makanan yang enak dan menyelerakan.

Kami telah amat berterima kasih atas keperihatinan, sumbangan, layanan dan masa yang diberikan kepada kami. Kami mendoakan agar abang dan kakak semua akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

SILA KLIK UNTUK GAMBAR PROGRAM




Tiada ulasan:

Catat Ulasan