Assalammualaikum dan salam sejahtera... terima kasih tak terhingga kerana sudi singgah di blog kami... segala keperihatinan dan sumbangan amat kami hargai...
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Al-Baqarah ayat 268

Isnin, 6 Februari 2017

Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Rumah Mampu Milik (RMMJ) di Sagil






JOHOR BAHRU, 6 Feb. – Lawatan kerja Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin diteruskan hari ini ke Parlimen Ledang yang terletak di daerah Tangkak.

Beliau dijadual mengadakan lawatan ke beberapa kawasan termasuk jambatan hanyut di Kampung Teluk Rimba, Mukim Kundang, Hospital Tangkak serta Perhentian Bas dan Teksi Bandar Tangkak.
Mohamed Khaled juga akan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Rumah Mampu Milik (RMMJ) di Sagil, selain meninjau projek menaik taraf parit dan kerja-kerja yang berkaitan di Kampung Paya Pupok.

Beliau turut dijadual menghadiri Program Mesra sempena Perayaan Tahun Baru Cina dan jamuan tengahari di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Tangkak.

Selain barisan Exco Kerajaan Negeri, lawatan kerja sehari itu juga disertai ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan pusat, wakil rakyat serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sebelum ini, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama di enam kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar dan Labis.

Di dalam majlis tersebut. beliau juga juga menyampaikan bungkusan cenderahati kepada anak-anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL)

Galeri Gambar (klik sini)