Assalammualaikum dan salam sejahtera... terima kasih tak terhingga kerana sudi singgah di blog kami... segala keperihatinan dan sumbangan amat kami hargai...
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Al-Baqarah ayat 268

Sejarah Penubuhan

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL) telah ditubuhkan pada 07 Julai 2008. Pendaftaran bagi PKAYIL telah diluluskan pada tarikh 02 Mac 2009 di bawah nombor sijil pendaftaran Bil. 0370-09-JHR. PKAYIL didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 Seksyen 7 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984. PKAYIL telah didaftarkan di Pejabat Daerah Ledang, Jalan Dataran 2, 84900 Tangkak, Ledang, Johor. Alamat surat menyurat bagi PKAYIL adalah No. 100, Jalan Sri Tangkak 8, Taman Sri Tangkak, 84900 Tangkak, Johor. 




 Idea penubuhan PKAYIL ini tercetus dari Biro Kebajikan UMNO Bahagian Ledang. Disebabkan Daerah Ledang telah diisytiharkan pada 09hb Jun 2008, maka sudah sampai masanya Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Daerah Ledang ini dimulakan.

Justeru itu, satu Jawatankuasa “Penubuhan” telah dibentuk. Jawatankuasa ini telah dipisahkan dari Jawatankuasa Induk dan dijadikan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar yang mempunyai Undang-Undang dan Perlembagaan sendiri. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Ledang, ringkasnya (PKAYIL) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 07hb Julai 2008 dan majlis pelancaran penubuhannya telah pun disempurnakan oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani bin Haji Othman, Menteri Besar Johor di Masjid Jamek Serom 3, Serom pada 15hb September 2008.

Urusan menyediakan Perlembagaan dan Undang-Undang PKAYIL bermula dengan merujuk Perlembagaan PKAYI Daerah Muar, Daerah Segamat dan Daerah Jasin. Jawatankuasa Pengurusan Perlembagaan Undang-Undang PKAYIL berjaya menguruskannya ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Johor Bharu pada 02hb November 2008, pihak pendaftar telah meluluskan Pendaftaran Pertubuhan pada 02hb Mac 2009 melalui surat PPP/JHO239/08/(6) No. Pendaftaran 0370-09-JHR.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan