Assalammualaikum dan salam sejahtera... terima kasih tak terhingga kerana sudi singgah di blog kami... segala keperihatinan dan sumbangan amat kami hargai...
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Al-Baqarah ayat 268

Selasa, 1 Januari 2019

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM LEDANG, TANGKAK TELAH BERPINDAH KE SAGIL


 
ASSALAMMUALAIKUM...



Di atas ehsan dan sumbangan dari DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Kerajaan Negeri Johor, mantan Timbalan Perdana Menteri terdahulu, Yang Berhormat Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Faradisse, High Sdn Bhd, Johor Corporation, Syarikat-syarikat swasta dan orang ramai serta usaha gigih dari Ahli Jawatankuasa dan kakitangan PKAYIL mengumpul dana, asrama baru PKAYIL yang terletak di Sagil (bersebelahan bangunan KEMAS) telah berjaya dibina dan telah siap sepenuhnya pada Januari 2018, Jesteru itu, pada tanggal 28 April 2018, seluruh anak-anak dan pengurusan PKAYIL telah berpindah ke asrama baru yang lebih selesa.


TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA SEMUA PENDERMA DAN PENYUMBANG ATAS PEMBINAAN ASRAMA KAMI. 

Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik anda semua dan kami sentiasa mendoakan semoga kalian semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah.

Kami sekarang berada di Alamat 

KM.43 Jalan Segamat, Sagil 
84020 Tangkak, Johor

Tel /what app: 011-1063 5667