Assalammualaikum dan salam sejahtera... terima kasih tak terhingga kerana sudi singgah di blog kami... segala keperihatinan dan sumbangan amat kami hargai...
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Al-Baqarah ayat 268
Khamis, 24 Mei 2018
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA BERSAMA PKAYIL & IBU TUNGGAL Anjuran UITM CHARITY SOCIETY KAMPUS SEGAMAT
Pada 24.5.2018 (Khamis) kami telah menghadiri Jemputan Khas Untuk MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA BERSAMA ANAK YATIM & IBU TUNGGAL Anjuran UITM CHARITY SOCIETY.
UITM CHARITY SOCIETY merupakan satu badan NGO yang ditubuhkan oleh Pihak UITM Segamat bagi menjalan aktiviti-aktiviti kebajikan di sekitar Daerah berhampiran mereka. Ia dianngotai oleh pelajar-pelajar UITM dan dinaungi oleh Pensyarah dari UITM sendiri. Matlamat utama mereka adalah untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan dan memberi satu pengalaman baru buat pelajar mereka. Dengan ini mereka berharap para pelajar akan menjadi insan yang perihatin apabila masuk ke sektor pekerjaan. Kami amat berbesar hati kerana kami telah menjadi perhatian mereka
Setibanya kami di Majlis tersebut anak-anak kami disambut dan dilayan sangat mesra oleh pelajar-pelajar UITM CHARITY SOCIETY dan juga pensyarah. Suasana yang meriah telah mengembirakan anak-anak kami.
Bila tiba berbuka puasa, anak-anak kami diutamakan dan dilayan dengan mesra, dengan makanan yang enak dan menyelerakan.
Kami telah amat berterima kasih atas keperihatinan, sumbangan, layanan dan masa yang diberikan kepada kami. Kami mendoakan agar abang dan kakak semua akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
SILA KLIK UNTUK GAMBAR PROGRAM
Jumaat, 3 Mac 2017
Program Mentor Menti 2017 antara Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak, Kaunselor Sekolah dan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Ledang
Satu Ahli Jawatankuasa Mentor Mentee telah ditubuhkan hasil dari usaha pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tangkak. Program ini disertai oleh PPD Tangkak, Kaunselor-kaunselor dari SMK Ledang, SK Ledang, SMK Tun Mamat dan SMA Lughatul Arabia.
Oleh itu satu Sesi Penyerahan secara rasmi telah diadakan pada 3hb Mac 2017 bertempat di Aspuri PKAYIL. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mahmud Bin Mahmud selaku Penasihat dan Pegawai dari PPD Tangkak. Majlis turut dihadiri oleh Setiausaha PKAYIL Tuan Haji Dasuki b. Mohd.Nor.
Dalam majlis ini, pelajar diserahkan kepada Kaunselor-Kaunselor sekolah masing-masing dan satu sesi "Ice Breaking' diadakan bagi mendekatkan pelajar dengan guru mereka. Selain itu terdapat ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tuan Haji Abd.Halim b. Daud, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Parit Bunga.
Jumlah Pelajar mengikut Sekolah
SMK Ledang - 7 orang
SMK Tun Mamat-2 Orang
SMA Lughatul Arabiah- 2 Orang
SK Ledang - 10 orang
Objektif Program
💟 Untuk meningkatkan lagi motivasi dalam diri setiap pelajar tentang pentingnya pelajaran
💟 Memberikan bantuan dan tunjuk ajar kepada pelajar untuk masa depan yang cemerlang
💟 Mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara mentor dan mentee
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM MENTOR-MENTEE ANAK-ANAK YATIM ISLAM LEDANG (PKAYIL)2017
Pengerusi : En. Mohd.Rashid b.Ahmad Ehsan
Naib Pengerusi : Puan Ropiah b. Mohamed
Penyelaras : Puan Noor Rafidah bt Aris
Setiausaha : Tuan Haji Dasuki b. Mohd.Nor
Mentor (Kaunselor)
Puan Rozaidah Bt Muni (SMK Tun Mamat)
Encik Mohd Zaki B. Salleh (SMK Tun Mamat)
Encik Jaafar b. Mohd Zin (SMK Ledang)
Puan Rohaida bt Ali (SMK Ledang)
Ustaz Lukman b. Mohd Uzir (SMA Lughatul Arabia)
Puan Naimah Bt Ahmadi (SK Ledang)
Galeri Gambar (klik sini)
Isnin, 6 Februari 2017
Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Rumah Mampu Milik (RMMJ) di Sagil
JOHOR BAHRU, 6 Feb. – Lawatan kerja Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin diteruskan hari ini ke Parlimen Ledang yang terletak di daerah Tangkak.
Beliau dijadual mengadakan lawatan ke beberapa kawasan termasuk jambatan hanyut di Kampung Teluk Rimba, Mukim Kundang, Hospital Tangkak serta Perhentian Bas dan Teksi Bandar Tangkak.
Mohamed Khaled juga akan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Tapak Projek Rumah Mampu Milik (RMMJ) di Sagil, selain meninjau projek menaik taraf parit dan kerja-kerja yang berkaitan di Kampung Paya Pupok.
Beliau turut dijadual menghadiri Program Mesra sempena Perayaan Tahun Baru Cina dan jamuan tengahari di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Tangkak.
Selain barisan Exco Kerajaan Negeri, lawatan kerja sehari itu juga disertai ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan pusat, wakil rakyat serta pemimpin-pemimpin masyarakat.
Sebelum ini, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama di enam kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar dan Labis.
Di dalam majlis tersebut. beliau juga juga menyampaikan bungkusan cenderahati kepada anak-anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL)
Galeri Gambar (klik sini)
Sabtu, 27 Ogos 2016
ARTIKEL METRO- Majlis Pecah Tanah Bangunan Asrama PKAYIL
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL) Tangkak bakal mempunyai bangunan asrama sendiri dilengkapi pelbagai kemudahan yang mampu menempatkan 100 anak yatim.
Kompleks menelan kos RM4.14 juta itu dibina di tanah seluas 1.5 ekar bersebelahan pejabat KEMAS Daerah Tangkak di Sagil, kira-kira 8 kilometer dari bandar Tangkak.
Yang Dipertua PKAYIL, Ab Han Ramin berkata, penubuhan PKAYIL pada 7 Julai 2008 menjadi nadi dan platform untuk membela dan memberikan kasih sayang kepada anak yatim yang mengharapkan kehidupan dan kejayaan sebagaimana rakan mereka yang masih mempunyai ibu bapa.
Katanya, bagi memenuhi hasrat itu, Ahli Jawatankuasa PKAYIL mengambil inisiatif mendapatkan dua rumah di Taman Sri Tangkak untuk dijadikan asrama bagi menempatkan anak yatim lelaki dan perempuan buat sementara waktu.
“Pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan tapak dan dana untuk membina kompleks asrama dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan anak yatim di bawah jagaan PKAYIL.
“Berkat semangat dan usaha semua pihak dalam menyantuni anak yatim Islam di Tangkak, akhirnya sebuah kompleks asrama untuk mereka bakal dibina dan dijangka siap dalam masa setahun.
“Pembangunan asrama ini sesuai untuk menempatkan anak yatim kerana persekitarannya dikelilingi institusi pengajian dan kemahiran yang memerlukan amal bakti masyarakat Islam sama ada korporat atau individu menyalurkan sumbangan pembinaan dan pengurusannya,” katanya pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Pembinaan Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL) di Dewan KEMAS Tangkak, dekat Sagil, baru-baru ini.
Majlis perasmian disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samuri, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Pembinaan Asrama PKAYIL, Datuk Abdul Rahim Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd Razak Minhat dan ADUN Gambir, Datuk M Asojan.
Pada majlis itu, Ab Han menerima sumbangan daripada 15 penyumbang bagi pembinaan asrama itu termasuk daripada Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar (RM100,000), Datuk Seri Jamil Khir (RM10,000), Faradisse High Sdn Bhd (RM1 juta) dan UMNO Bahagian Ledang (RM10,000).
Sementara itu, Jamil Khir dalam ucapannya berkata, pendekatan untuk menyantuni anak yatim perlu diuruskan dengan lebih sistematik dan terancang.
“Sudah tiba masanya usaha menyantuni anak yatim dilakukan dalam skala besar bagi memperkukuhkan usaha membela kebajikan golongan itu di negara ini,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai PKAYIL boleh menghubungi Setiausaha, Dasuki Mohd Nor di talian 019-6583578 atau 06-9785667 (pejabat PKAYIL).
Galeri gambar (sila klik sini)
Galeri gambar (sila klik sini)
Rabu, 22 Jun 2016
PROGRAM INSPIRASI RAMADAN YaPEIM 1437H
Anak-anak Dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Ledang (PKAYIL) antara menerima sumbangan
PROGRAM INSPIRASI RAMADAN YaPEIM 1437H
Di Bulan Ramadan yang mulia dan penuh
keberkatan ini, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM)
telah mengambil satu pendekatan bagi merai dan memberi penghargaan
anak-anak yatim/miskin di 13 lokasi seluruh Negara di bawah Program
“INSPIRASI RAMADAN YaPEIM 1437H”.
Program ini adalah satu pendekatan
YaPEIM untuk memberi sumbangan Aidil Fitri kepada kumpulan sasar
termasuk pengisian ilmu melalui slot Ceramah Agama yang disampaikan
semasa program tersebut. Melalui program ini, dijangkakan seramai lebih
kurang 20,000 orang anak yatim/miskin yang akan turut menerima sumbangan
tersebut di seluruh Negara.
Khusus untuk Program “INSPIRASI RAMADAN
YaPEIM 1437H” yang telah di laksanakan di Masjid Sultan Ismail, Kg
Kenangan Dato Onn, Batu Pahat, Johor pada 22 jun 2016, yang telah
dihadiri oleh seramai lebih kurang 1000 orang. Majlis tersebut telah di
sempurnakan oleh Dato Abibullah Hj Samsudin (Ketua Pengarah / Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM) dan turut hadir ialah Ustaz Haji
Baharudin bin Yaman @ Abd Ghani (Pengarah Pusat Islam Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia); En Sajali bin Ibrahim (Penolong PPD Sek Men Batu
Pahat), Ustaz Hj Khairudin bin Salimin (Imam Daerah Batu Pahat) serta
pengurusan utama YaPEIM serta pemimpin masyarakat setempat.
Terima kasih di atas kerjasama semua
pihak dalam menjayakan program ini khususnya kepada para penyumbang Skim
Potongan Gaji Bulanan (SPG) YaPEIM yang telah memberi ruang kepada
kumpulan sasar untuk turut sama menikmati kemeriahan sambutan Aidil
Fitri 1437H /2016M.
Galeri Gambar (sila klik)
Sumber :http://www.yapeim.net.my/posts/inspirasi-ramadan-yapeim-1437h-di-johor/
Langgan:
Catatan (Atom)




