Assalammualaikum dan salam sejahtera... terima kasih tak terhingga kerana sudi singgah di blog kami... segala keperihatinan dan sumbangan amat kami hargai...
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Al-Baqarah ayat 268

Tentang Kami




Sehingga bulan Januari 2019, pelajar kami berjumlah 28 orang, iaitu 19 lelaki dan 9 perempuan. Mereka berumur antara 7 tahun hingga 16 tahun.

Pada awal pertubuhan , Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL) Asrama Putera dan Puteri telah beroperasi di dua biji rumah yang terletak di Taman Sri Tangkak

Asrama Putera telah beroperasi bermula tahun 2012 manakala Asrama Puteri akhir tahun 2015. Kesemua anak yatim terdiri dari pelbagai latar belakang keluarga di kalangan anak-anak miskin, yatim dan golongan asnaf zakat sebagai pusat kebajikan, pendidikan dan perlindungan mereka.

Di atas ehsan dan sumbangan dari DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Kerajaan Negeri Johor, mantan Timbalan Perdana Menteri terdahulu, Yang Berhormat Tan Sri Dato' (Dr.) Haji Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Faradisse High Sdn Bhd Johor Corporation, Syarikat-syarikat swasta dan juga orang ramai serta usaha gigih dari Ahli Jawatankuasa dan kakitangan PKAYIL mengumpul dana, asrama baru PKAYIL yang terletak di Sagil (bersebelahan bangunan KEMAS) telah berjaya dibina dan telah siap sepenuhnya pada Januari 2018, 

Pada tanggal 28 April 2018, seluruh anak-anak dan pengurusan PKAYIL telah berpindah ke asrama baru yang lebih selesa.




Kami Sentiasa …
  •  Mewujudkan suasana seperti rumah dengan mengikuti jadual aktiviti harian yang selesa.
  • Mengamalkan konsep berbincang atas segala permasalahan yang ditimbulkan atau masalah displin oleh mereka dan akan mendenda sekiranya perlu atau melakukan kesalahan berulang. 
  • Memberi kebenaran berhubung dengan masyarakat luar bagi tujuan tidak menyisihkan mereka. 
  • Memberi peluang mencuburkan diri dalam aktiviti luar asrama seperti di sekolah atau yang dikendalikan oleh badan kerajaan atau bukan kerajaan. 
  • Mengadakan aktiviti bersama seperti gotong royong, permainan dan sebagainya


PENGURUSAN & PENTADBIRAN
                              
Pengurusan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL) dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL)  yang di lantik melalui pemilihan di Mesyuarat Agong tahunan 2 tahun sekali. Ahli Jawatankuasa PKAYIL merupakan penasihat kepada operasi PKAYIL.


Terdapat 3 Biro utama diwujudkan di bawah AJK PKAYIL bagi melancarkan lagi operasi pengurusan PKAYIL di mana setiap biro mempunyai peranan tersendiri Biro-biro tersebut ialah
1.    
                        1. Biro Ekonomi
                    -Mencari dan menjana pendapatan untuk pkayil, mengurus ladang sawit & mengurus tabung
                     derma

          2. Biro Pendidikan & Dakwah 
-                             -Menyediakan dan merancang aktiviti dan program yang membantu membina modal insan dan 
                    pencapaian akademik yang cemerlang kepada anak-anak

         3. Biro Kebajikan & Keceriaan
             -menjaga kebajikan anak-anak & pekerja dan juga keceriaan bangunan serta kawasan asrama 

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL) ditadbir oleh seorang Pengurus yang dibantu oleh seorang pembantu tadbir, 2 warden dan seorang penyedia makanan bagi mengurus,mengawasi ,melindungi dan membimbing anak-anak  yatim.

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL) Berdaftar dengan Pertubuhan Pendaftar serta di akui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menurut seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1997.(LHDN 01/35/42/51/175/176-6 4251 tahun 1995) sebagai sebuah organisasi yang mendapat pelepasan cukai bagi setiap sumbangan yang disalurkan kepada pertubuhan ini

POLISI PENGAMBILAN ANAK

Anak-anak yang layak untuk tinggal di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL) adalah terdiri dari anak-anak yatim dan dari keluarga fakir miskin. Walaubagaimana pun jika anak tersebut adalah yatim, kriteria ekonomi waris adalah diutamakan.

Keutamaan akan diberi kepada anak-anak dari Daerah Tangkak. Jika terdapat permohonan dari lain-lain daerah di Negeri Johor atau Malaysia, kes tersebut akan dipertimbangkan mengikut merit oleh Jawatankuasa Pengurusan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL)

Semua kemasukan anak-anak mesti melalui proses pengambilan anak-anak mengikut prosedur yang sedia ada di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL) dan mendapat kelulusan dari Jawatankuasa Pengurusan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL)



OBJEKTIF PKAYIL

✔Mewujudkan satu kompleks rumah anak-anak yatim yang diuruskan secara sistematik dan terancang.
✔Membantu dan memberikan nafas baru kepada anak-anak yatim khususnya yang terdiri dari golongan fakir dan miskin.
✔Membuka dan memberi ruang kepada golongan yang berkemampuan untuk menyalurkan sedekah dan sumbangan mereka kepada satu organisasi yang diuruskan secaraprofesional.

PENDIDIKAN

Pendidikan agama amat dititik beratkan di Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL) dengan mewajibkan anak-anak di sini menghadiri sekolah agama yang dikelolakan oleh  Jabatan Agama Islam Johor di Tangkak. Selain daripada itu, guru khas dilantik untuk membantu anak-anak untuk mengerjakan amalan-amalan agama Islam seperti sembahyang secara berjemaah, berpuasa, kelas Fardu 'Ain dan membaca Al-Quran setiap selesai solat isyak.

Para Pegawai dan petugas PKAYIL  bertanggungjawab untuk memberikan perhatian dan bantuan di dalam pelajaran anak-anak. Kelas tambahan dan buku-buku latihan akan disediakan untuk membantu anak-anak yang lemah di dalam pelajaran. Bagi anak-anak yang menghadapi peperiksaan SPM dan PT3 akan dihantar ke kelas tuisyen untuk membantu meningkatkan mutu pelajaran mereka 

Selain itu, pencapaian mereka akan dipantau secara dekat oleh guru kaunselor  melalui program mentor mentee antara pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak dan PKAYIL. Pihak PPD Tangkak turut mengajurkan program motivasi kepada anak-anak PKAYIL 2 atau 3 kali sebulan mengikut kesesuaian jadual mereka.

Bagi lepasan SPM pula akan dihantar ke pusat-pusat pendidikan atau kemahiran mengikut kelayakan masing-masing.

DIET

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL) akan memastikan anak-anak  mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya bagi menjamin kesihatan dan kecerdasan mereka. Menu yang berlainan setiap hari disediakan adalah mengikut standard Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana mereka akan memantau dari masa ke semasa

SUKAN & RIADAH

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Ledang (PKAYIL) turut menyediakan peralatan sukan seperti meja ping pong, Karem, congkak, Badmintan, bola sepak, basikal dan lain untuk anak-anak beriadah. Terdapat guru kesenian sukarelawan dari Pejabat Daerah Tangkak turut mengajar mereka bermain alat muzik seperti kompang, rebana kecil dan bernasyid.

Anak-anak juga digalakkan menyertai pertandingan seperti Tilawah Al-Qur’an, berzanji, Hafazan, Syarahan, bernasyid, syarahan dan lain-lain yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan