Assalammualaikum dan salam sejahtera... terima kasih tak terhingga kerana sudi singgah di blog kami... segala keperihatinan dan sumbangan amat kami hargai...
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Al-Baqarah ayat 268

Visi & Misi

Visi PKAYIL
Memajukan Anak-Anak Yatim Dan Anak-Anak Fakir Miskin Ke Arah Kecemerlangan Di Dunia Dan Akhirat
  
Misi PKAYIL

  • Memberi perlindungan kepada anak-anak yatim Islam di Daerah Ledang Johor khususnya dan Malaysia amnya. 
  • Memberi penerapan nilai-nilai murni dan keagamaan kepada anak-anak yatim. 
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat supaya bertanggungjawab dalam hal-hal kebajikan Anak-Anak Yatim. 
  • Mengutip derma dan sumbangan wang daripada orang-orang awam bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan dengan syarat mendapatkan kebenaran bertulis daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa tertentu terlebih dahulu. 
  • Memiliki harta mudah alih dan harta tidak alih seperti tanah, bangunan dan lain-lain dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tertentu terlebih dahulu jika berkenaan. 
  • Menjalankan aktiviti perniagaan dan pelaburan saham yang dijamin oleh kerajaan.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan