Assalammualaikum dan salam sejahtera... terima kasih tak terhingga kerana sudi singgah di blog kami... segala keperihatinan dan sumbangan amat kami hargai...
Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.
Al-Baqarah ayat 268

Majlis Perasmian SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN (SPAH)

Majlis Perasmian SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN (SPAH) telah diadakan pada  10 April 2018 di Asrama PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM LEDANG, TANGKAK dan telah dirasmikan oleh YAB Datuk Dr Ir Hj Hamim bin Samuri. SPAH ini telah disumbangkan oleh YB HAMIM dgn kerjasama dengan pihak Nahrim. Segunung TERIMA KASIH dari pihak kami atas pemberian, kami akan menjaga dan menggunakannya sebaik2 nya.
Terima kasih juga kepada pihak NAHRIM, Pejabat Daerah Tangkak, Majlis Daerah Tangkak dan pihak lain yg terlibat yg bertungkus lumus menjayakan Majlis ini. U all are the best. Turut berterima kasih pada yg sudi hadir.
Pada Majlis Perasmian SPAH , 10.4.2018, YAB Datuk Dr Ir Hamim bin Samuri turut mengumumkan dan sekali gus menyampaikan Kurniaan DYMM SULTAN JOHOR iaitu sebiji van untuk kegunaan anak2 kami. Kurniaan tersebut telah disampaikan oleh wakil Dari Pegawai Daerah Tangkak kepada Tim. Yang Di Pertua PKAYIL. Kami amat terharu dan berterim kasih atas pemberian Tuanku. Pemberian amat bermakna buat kami kerana telah meringankan bebanan kami utk menguruskan anak2 kami ke sekolah. Daulat Tuanku!





















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan